LANGKAH-LANGKAH PENUKARAN KAD DEBIT MAYBANK SECARA ONLINE

Kad debit perlu ditukar kepada kad debit dengan sistem PIN bermula Mac 2016. Penggantian kad baru akan memudahkan pengguna untuk melakukan aktitviti jual beli serta meningkatkan tahap keselamatan.

Hari ini, kami akan kongsikan langkah-langkah mudah menggantikan kad debit Maybank secara online. Kad debit ini akan dihantar terus ke alamat anda.

Anda tidak perlu bimbang kerana penggantian kad ini adalah PERCUMA sehingga 31 Disember 2016. Jika anda belum tukar kad debit anda, lakukannya SEKARANG sebelum terlambat!

#mytouchup
#mnzautoworldsdnbhd

Klik LOG IN. Masukkan USERNAME dan PASSWORD seperti biasa.

Pergi ke bahagian sebelah kiri dan KLIK pada logo "Replace your Maybank Debit Card via M2U'

Pergi ke bahagian ATM/Debit Card. Anda akan lihat ikon "Replace Card". KLIK ikon tersebut

Masukkan ALAMAT PENGHANTARAN berserta poskod kawasan. Setelah itu, klik pada kotak "I accept the Terms and Conditions" dan seterusnya klik "Continue".

Sila periksa alamat penghantaran yang telah diisi. Kemudian klik pada "Request for TAC". Sila isi kod TAC yang telah dihantar melalui SMS.

TAC merupakan singkatan bagi Transaction Authorisation Code. Kod TAC akan dihantar kepada nombor telefon yang telah didaftarkan di mana-mana cawangan Maybank.

Seterusnya klik "Continue"

Sila lihat status permohonan anda. Jika status anda 'Succesful', anda akan menerima kad debit yang baru di dalam tempoh 14 hari bekerja.

Jika status anda "Unsuccesful", sila dapatkan kepastian dari mana-mana cawangan Maybank yang berdekatan.

Semoga BERJAYA!

0 comments: