TENTANG KAMI


MNZ Autoworld Sdn Bhd merupakan syarikat yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Kami merupakan syarikat yang berpengalaman luas di dalam bidang automotif.  

Penubuhan MNZ Autoworld Sdn Bhd adalah sejajar dengan seruan kerajaan dalam usaha membentuk usahawan kelas pertengahan dan menambah bilangan bumiputera yang bergiat dalam bidang perniagaan. Menyedari betapa pentingnya pembangunan usahawan, kerajaan Malaysia telah menubuhkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang menjadi semakin penting dalam Rancangan Malaysia Ke-2 (RMK 2) (1971-1975) sebagai langkah meningkatkan ekonomi.

Berikutan pertambahan bilangan kenderaan di negara ini, keperluan untuk membaik pulih kenderaan menjadi semakin bertambah. Dengan adanya teknologi terkini di dalam bidang membaik pulih kenderaan, ianya dapat meningkatkan taraf keupayaan supaya lebih berdaya maju, kreatif, berkualiti dan berdaya saing.

MNZ Autoworld Sdn Bhd cekal dalam mengharungi cabaran ekonomi negara dan kini tetap teguh serta semakin berkembang di dalam arus pembangunan negara. 

VISI
Memberikan perkhidmatan automotif di dalam satu kawasan yang dilengkapi dengan teknologi automotif terkini serta mesra pelanggan.

MISI
Misi MNZ Autoworld Sdn Bhd  adalah membantu para pelanggan dalam bidang pembaikan badan kenderaan dan perkhidmatan penyelenggaraan enjin kenderaan yang berkualiti tinggi serta memenuhi permintaan pasaran dan kehendak pelanggan. Bagi memastikan misi ini berjalan lancar, MNZ Autoworld Sdn Bhd akan komited kepada kecekapan, keberkesanan kos dan tangunggjawab sosial serta melahirkan pekerja-pekerja yang bertanggungjawab dan berdedikasi semasa menjalankan tugas mereka.

OBJEKTIF
1. Menerajui industri automotif yang berjaya dan berinovasi
2. Membekalkan perkhidmatan yang berkualiti di samping membantu penjimatan wang pelanggan.
3  Sentiasa peka dan bersedia terhadap perubahan yang berlaku agar mutu perkhidmatan dapat 
    dipertingkatkan dari masa ke semasa.
4. Melahirkan modal insan yang berkualiti, berintegriti dan berjaya.

0 comments: